Nurhafizah Ramli merupakan seorang ahli psikologi perkembangan yang mendapat Pendidikan Ijazah Sarjana Muda (Psikologi dan Ijazah Sarjana (Psikologi Perkembangan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Anak jati Perlis ini kini berkhidmat sebagai Panel Psikologi Tadika & Taska Az Zahrah. Majoriti kanak-kanak yang beliau temui mempunyai masalah lewat perkembangan. Beliau juga aktif dalam penyampaian latihan dan ceramah kepada institusi kesihatan, Pendidikan dan pusat-pusat jagaan.