Assalamualaikum, nama saya Aisyah Rozalli merupakan graduan UITM, Bachelor in Occupational Therapy. Saya berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang terapi kanak-kanak dan sudah membantu ribuan anak-anak dengan pelbagai masalah perkembangan.
Majoriti anak-anak yang saya jumpa termasuk anak yang mempunyai behaviour issue serta lewat perkembangan seperti speech delay, global development delay, autism, Down’s syndrome, hiperaktif, masalah pembelajaran dan pelbagai lagi.
Saya juga pernah menyumbangkan penulisan untuk segmen Akademi Si Cilik majalah Solusi. Saya juga pernah menjadi salah seorang panelis dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah, dan siaran TV Pa&Ma.
Saya adalah Co-Founder dan Clinical Director untuk Pusat Terapi & Perkembangan Kanak-kanak GymCademy mengetuai 5 orang lagi terapis dan guru pembimbing kanak-kanak.