Assalamualaikum, nama saya Rozalli Hashim dan berasal daripada Melaka. Merupakan bapa kepada 5 orang anak dan datuk kepada 6 orang cucu setakat ini.
Kini saya memegang jawatan sebagai YDP Pertubuhan Ikram Malaysia, Kawasan Jasin dan juga Ketua Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh, Masyarakat Progresif, Pertubuhan Ikram Malaysia.
Saya telah menabur bakti sebagai pensyarah selama 30 tahun dan Profesor Madya bagi Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi di UiTM.
Pada tahun 2022, saya menerima pengiktirafan Anugerah Bapa Teladan 2022 oleh Pertubuhan Bapa Hebat Malaysia, Better Dads Malaysia Hall of Fame.