Assalamualaikum, saya Muizah Mohammad. Merupakan seorang terapis pertuturan bahasa lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam bidang ini serta mempunyai pengalaman secara langsung dalam pendidikan awal kanak-kanak serta pendidikan sehingga ke peringkat menengah. Saya juga merupakan seorang usahawan dalam bidang pendidikan dan kesihatan di bawah jenama Raudatul |man yang beroperasi di Skudai, Johor Bahru.
Saya juga telah dijemput sebagai speaker untuk berkongsi input dan pengalaman beliau bersama barisan guru-guru, doktor dan juga pengamal kesihatan seta institusi pendidikan. Dengan pengalaman ini, saya percaya bahawa dengan adanya infusi atau kolaborasi yang baik antara bahagian kesihatan dan pendidikan, ianya dapat memberikan impak terbaik bukan sahaia untuk kanak-kanak berkeperluan khas tetapi juga buat kanak-kanak dengan perkembangan tipikal.