Syafi’ah Bakaruddin merupakan seorang pegawai farmasi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan pengguna, penggunaan ubat berkualiti, penulisan, media grafik dan pengucapan awam. Beliau juga pernah dijemput sebagai Tetamu Wawancara Radio Asyik FM “Tuberkulosis Ada Rawatannya” dan Tetamu Wawancara Radio Bersama “Salah Ambil Ubat, Beri Kesan Mudarat”. Minat yang mendalam ini telah mendorong beliau untuk menulis Siri Kenali Ubat untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak berkaitan ubat. Siri ini mempunyai 10 buku yang telah memberi informasi yang tepat tetapi mudah difahami oleh kanak-kanak.