Biasanya bila dapat isu anak-anak “picky eater” macam ni, saya akan lihat beberapa perkara semasa sesi penilaian kefungsian:
1. Bagaimana profail sensori anak tersebut.
– adakah anaknya sensor / avoider / bystander / seeker
– apakah sensory yang anaknya respon lebih atau kurang berbanding anak seusianya.
– sejauh mana profail sensori anak tersebut meninggalkan kesan kepada tingkah laku anak tersebut.
2. Di tahap mana perkembangan oral motor anak tersebut?
– sudah boleh hisap straw?
– sudah boleh meniup?
– kalau sudah boleh meniup, bagaimana cara anak tersebut meniup? (Keluar bunyi “hah” / bunyi “fff” / lain-lain)
– kekerapan air liur anak tersebut keluar
3. Ada tak apa-apa reflex response yang ditunjukkan?
– kekerapan gagging reflex & triggernya
– ada tanda infantile reflex yang belum inhibited ke.
4. Macam mana dengan social-play skills anak tersebut?
– cepat mana anak tersebut open up dengan saya.
– tahap kesediaan anak tersebut untuk bermain bersama
– permainan macam mana yang anak tersebut suka
– anak tersebut OK atau tidak jika saya duduk dekat dengannya atau saya sentuh tangannya semasa bermain (ini penting. Sebab semasa rangsangan oral motor diberikan, saya perlu sentuh dan massage bahagian mulut anak tersebut).
5. Macam mana dengan kemahiran komunikasi anak tersebut?
– ada delay dalam language / speech?
– boleh faham arahan berapa langkah
– adakah anak tersebut bersedia untuk menerima arahan
Ini antara 5 perkara PALING BASIC yang saya akan lihat setiap kali mahu uruskan anak-anak picky eater.
OT Aisyah, Gymcademy