Assalamualaikum, nama beliau Adlil Rajiah. Mempunyai kelulusan Masters in Environmental Engineering (berjaya menamatkan pengajian masters pada usia 22 tahun. Ketika tahun akhir pengajian PhD, beliau diuji apabila anaknya didiagnosis sebagai Excessive Screen Exposure (ketagihan skrin) yang mempunyai ciri seperti autisme. Beliau memilih untuk berhenti pengajian PhD dan memberi 100% fokus kepada rawatan intervensi anaknya.
Sejak itu, beliau banyak melibatkan diri dalam ilmu perkembangan dan psikologi kanak kanak, dan mula menulis tentangnya. Penulisan beliau yang padat, santai, dan menyentuh emosi, sering mendapat perhatian orang ramai termasuk pihak media. Selain penulisannya mendapat ribuan ‘shares’ di media sosial, buku-buku beliau juga dinobat sebagai Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 – 2019 dan memenangi Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia 2019, serta terpilih untuk berada di 510 cawangan perpustakaan di seluruh negara.
Beliau aktif bekerjasama dengan ramai pakar dari institusi terkemuka tanah air seperti UM, UKM, UTM, JPM, CENTHRA, dan banyak lagi bagi membina paradigm shift terhadap mentaliti ibu bapa masakini, ke arah parenting yang lebih berkesan.