Biasa tak dengar orang kata jangan bagi anak-anak duduk w-sitting? Beberapa tahun dulu, ramai pakar yang risau bila anak-anak duduk w-sitting sebab takut hip joint atau tulang pinggul anak akan membesar jadi bermasalah. Tapi, ada beberapa pendapat terbaru mengatakan bahawa, w-sitting ni adalah salah satu “variasi” cara duduk kanak-kanak. Maksudnya. Tak harmful pun kalau anak-anak duduk macam w-sitting ni. In fact, duduk “criss-cross applesauce” ataupun kita panggil bersila ni pun boleh mendatangkan kesan pada postur tubuh anak kalau kita tak jaga betul-betul.
Jom kita tengok beza W-sitting dan Criss-cross Applesauce (mulai sekarang, kita panggil bersila
W-Sit:
– Berlaku sebab anak-anak ramai yang bahagian tulang dan otot kakinya belum develop sepenuhnya. Jadi, berlaku femoral antervesion atau kaki dia masuk ke dalam sikit.
– Jadi, mereka akan kerap duduk dalam postur w-sit ini. Sebab otot bahagian punggung dia belum cukup kuat dan fleksibel.
– Sehingga usia lebih kurang 8 tahun, kadang kita masih nampak anak-anak duduk w-sitting, namun biasanya lebih kerap kita nampak w-sit ni pada anak-anak bawah usia 3 tahun.
Jadi apa nak buat bila nampak anak W-sit?
✓ Pastikan belakang anak tak terlalu bongkok, atau terlalu tonggek (tak tahu nak guna perkataan macam mana yang sesuai
✓ Elak anak berada dalam posisi ini terlalu lama terutamanya masa tengok gadget. Nanti anak boleh sakit bahu dan leher.
✓ Senyum kat anak, join sekali anak main
Bersila (Criss cross Applesauce)
– Anak kecil susah nak buat postur ni, atau tak suka buat postur ini sebab otot paha atau punggungnya belum cukup panjang untuk duduk bersila (nanti nampak bahagian lutut anak terangkat, susah nak turun ke bawah), terutamanya anak-anak bawah 3 tahun.
– Posisi ini memang posisi biasa kita. Tapi, tetap kena hati-hati bila anak duduk dalam postur bersila. Sebab anak yang ototnya belum kuat, akan ada tendency untuk duduk dalam keadaan membongkok.
Jadi, apa nak buat bila nampak anak duduk bersila?
✓ Pastikan anak tak duduk terlalu membongkok sampai tulang belakangnya nampak seperti berada dalam bentuk “C”.
✓ Jangan paksa anak duduk posisi bersila kalau anak tak selesa.
✓ Elak anak berada dalam posisi ini terlalu lama especially kalau masa tengah tengok gadget. Sebab, anak ada tendency untuk membongkok. Nanti sakit pinggang, bahu dan leher.
Jadi, apa “best practice”?
– Galakkan anak tukar-tukar postur duduknya.
– Ajak anak lakukan senaman yang menggalakkan pergerakan dan koordinasi pelbagai bahagian otot tubuhnya.
– Jangan paksa anak berada dalam satu-satu posisi. Galakkan anak eksperimen mana posisi yang dia selesa.
– Tapi, pada masa yang sama, ajak anak buat senaman yang akan menggerakkan tubuhnya dalam posisi-posisi pelbagai yang sihat.
– Penting untuk pastikan anak ada koordinasi otot dan kekuatan otot tubuh yang baik
Dulu-dulu saya pun tak boleh pandang anak-anak w-sitting ni. Sebab ilmu yang saya ada ketika itu, w-sitting ni tak bagus. Rupanya semua tu adalah developmental posture. Yang disebabkan oleh tulang dan otot yang belum berkembang dengan baik.
Takpe… Kita betulkan apa yang salah
Elak paksa anak. Fokus pada kemahiran anak. Jangan selama 15 minit anak duduk tu, selama 15 minit tu lah asyik fokus pada betulkan w-sitting anak, dan tak fokus pada kemahiran lain yang lebih penting untuk anak kuasai.
OT Aisyah, Gymcademy