Asnadila Amris

Asnadila Amris

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya Asnadila binti Amris, dikenali nama panggilan Dila. Dengan izin Allah SWT, usaha untuk Didik Hati Tenang, Menjemput Rezeki Berkat amat dekat di hati saya. Sedikit perkongsian, Syukur Alhamdulillah, Tahun 2005 Allah SWT rezekikan diri ini dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS, bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering Major in Gas & Petrochemical). Aturan Allah SWT, ketika tamat belajar, Alhamdulillah, ditakdirkan rezeki saya di dalam bidang jualan dan pemasaran seterusnya terlibat secara langsung di dalam bidang perniagaan.

Maha Baik Allah SWT, walaupun masih baru ketika itu (Tahun 2010), masih kurang ilmu berniaga, namun, Allah SWT izin diri ini capai jualan bisnes
RM10,000 meningkat ke RM100,000 di awal penglibatan.

Buku Ditulis Oleh Asnadila Amris