Dr. Nurul Saidatul Husna

Dr. Nurul Saidatul Husna

Assalamualaikum, nama diberi Dr Nurul Saidatul Husna Mohamad Ab Karim. Saya merupakan seorang penulis yang pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dari bumi Mesir. Pernah memegang gelaran sebagai ikon wanita Saidatina Khadijah Negeri Kelantan pada tahun 2021.

Saya pernah berkhidmat sebagai doktor siswazah di Hospital Universiti Sains Malaysia dan sekarang menyambung dalam pengajian master di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor. Antara kecenderungan saya dalam penulisan adalah berkaitan remaja dan kewanitaan.

Mempunyai minat yang mendalam dalam membantu para wanita menyeimbangkan antara 3 elemen manusia iaitu fikiran, emosi dan tingkah laku membawa saya ke banyak platform ceramah, talk, seminar secara atas talian bahkan secara bersemuka di kebanyakan tempat mahasiswa sama ada di kolej dan universiti.

Antara hasil karya saya adalah berkisar tentang penjagaan diri remaja semasa akil baligh iaitu buku ‘Formula Penjagaan Diri Gadis Remaja’ yang telah terjual sebanyak 600 buah dalam masa 3 hari sahaja. Penerimaan tinggi di kalangan ibu bapa Malaysia membuatkan buku ini berada di tempatnya sendiri dalam rujukan anak remaja perempuan mendapatkan info berkaitan penjagaan diri atau ‘self care’.

Antara hasil karya yang lain adalah buku cinta dalam ujian yang merupakan kolaberasi bersama Prof Datuk Dr Muhaya Mohamed. Buku ini dihasilkan ketika berlakunya era pandemik covid 19. Yang mana objektif utama penulisan ini adalah untuk membawa tenaga atau ‘vibes’ positif di kalangan masyarakat agar sentiasa bersangka baik terhadap ujian wabak yang melanda pada ketika itu.

Sehingga ke hari ini saya amat optimis dalam menyampaikan segala bentuk bantuan penulisan dan ceramah secara ilmiah buat para wanita bermula dari usia mereka remaja, fasa mahasiswa sehingga usia mereka dewasa, berkahwin dan setelah memiliki keluarga.

Kongsi Ke
Buku Ditulis Oleh Dr. Nurul Saidatul Husna