Mejar (B) Mohamad Qayyum

Mejar (B) Mohamad Qayyum

Assalamualaikum, nama saya MOHAMMAD QAYYUM BIN A. BADARUDDIN dilahirkan pada tanggal 29 March 1968. Saya merupakan anak kelahiran Negeri Selangor. Sebelum bergelar seorang penulis saya adalah seorang Pegawai Tentera yang telah berkhidmat selama 25 tahun dan berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan dan pengurusan organisasi, aset dan anggota. Disebabkan minat mendalam saya terhadap industri penulisan, saya telah memilih kerjaya sebagai seorang penulis dan telah membuka syarikat sendiri setelah saya bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Saya juga berpengalaman luas dalam mengendalikan kursus motivasi, seminar, team building dan penulisan buku. Saya telah terlibat mengendalikan ceramah motivasi dan ‘team building’ lebih dari 4000 program sejak tahun 2000 dan sebanyak 200 tazkirah serta telah menghasilkan lebih dari 181 judul buku dalam pelbagai genre dan saya juga merupakan penulis buku “Best Seller” Ahmad Ammar. Saya juga merupakan Sukarelawan MAPIM (Majlis Peundingan dan Perwakilan Malaysia) penglibatan saya dalam misi kemanusiaan sebagai Pengarah Sukarelawan Majlis Perundingan Islam Malaysia di Gaza, Mesir dan dalam negara.

Falsafah “Biar Sedikit Tetapi Bermanfaat” diamalkan penulis selari dengan prinsip saya, “Mengubah Hidup Dengan Mengubah Cara Berfikir”. Selari dengan moto syarikat “Inspiring By Sharing”, maka saya banyak memberi ceramah motivasi percuma kepada institusi pengajian tinggi serta pihak yang memerlukan melalui program “Wifi” iaitu khidmat ceramah motivasi secara percuma. Cabaran adalah untuk dihadapi bukan melarikan diri. Sesungguhnya hidup ini indah jika kita tahu mewarnainya. Selamat berjuang. Jika tidak gugur sebagai wira bangsa, berundur penuh berjasa.

Kongsi Ke
Buku Ditulis Oleh Mejar (B) Mohamad Qayyum