Penerangan
Menjadi mak ayah bukan tugas mudah. Walaupun la impian kebanyakan manusia. lyalah. Siapa yang tak gembira apabila bangun pagi melihat seketul makhluk gebu dengan senyuman memikat di sisi. Pasti dunia kita akan penuh dengan ketawa dan senyuman. Sehinggalah apabila kita punya anak sendiri. Barulah kita tahu sakitnya realiti. Impian nak jadi ibu ayah sempurna hanyalah fantasi.
Lahir saja mahkluk gebu tu ke dunia, hidup kita akan terus diuji. Waktu tu baru kita sedar takat sabar kita rendah atau tinggi. Ketika itu juga, kita tersedar bahawa keyakinan kita nak bangun tidur dengan tenang dan bahagia melihat bayi di Sisi, serta nak memiliki anak paling baik dan sopan hanyalah angan-angan paling tak logik dalam dunia.
Reviews/Ulasan
Masih belum terdapat ulasan.