Penerangan
Buku ini menggarapkan Petua Hidup Remaja daripada pelbagai aspek seperti keselamatan, kecemasan, akademik, teknologi, kewangan, keluarga, komunikasi dan pelbagai lagi. Pengetahuan am adalah perkara penting yang perlu diketahui oleh remaja masa kini menyeimbangkan kehidupan mereka yang semakin ke arah penggunaan gadget dan antisosial. Maka, buku ini melengkapkan, pengetahuan umum yang boleh dijadikan panduan untuk mereka menghadapi dunia survival yang semakin meruncing kini. Buku ini juga dipersembahkan dalam bentuk infografik agar menarik minat pembaca yang terdiri daripada kalangan remaja. Banyak nilai murni, unsur empati dan kasih sayang yang diterapkan terhadap pengorbanan ibu bapa agar pembaca lebih menghargai ibu bapa dan insan sekeliling. Semoga buku ini dapat menggerakkan hati anak-anak remaja agar lebih kuat, berketerampilan, beradab, berdikari dan menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).
Reviews/Ulasan
Masih belum terdapat ulasan.