3 Kebaikan Beri Anak Menulis Secara Meniarap!

1. Anak akan terpaksa guna pergerakan pergelangan tangan dan jari. Siku dan bahu akan digunakan untuk tahan berat tubuh. Jadi, ianya adalah latihan kawalan jari yang sangat baik.

2. Anak dapat kuatkan otot tengkuk, otot belakang, otot bahu yang semuanya dikira sebagai otot “core” penting untuk bantu anak boleh kawal pergerakan jari semasa menulis dengan baik.

3. Anak rasa HAPPY semasa aktiviti menulis yang santai. Meniarap ini, santai dan sangat grounding. Jadi, bila anak buat aktiviti menulis sambil meniarap, dia akan kaitkan dengan emosi gembira. Emosi gembira tingkatkan “innate drive” yang kita lihat sebagai motivasi. Jadi, anak akan jadi suka dengan menulis.

Barulah HAPPY MENULIS 😉

TIPS TAMBAHAN:

Saya suka bagi anak-anak tulis atas kad atau kertas kecil-kecil macam dalam gambar ini. Sebab anak akan perlu “fine” kan lagi pergerakan pensel/pen dia semasa menulis atas permukaan kecil. Baru mudah nak latih tulisan yang lebih kemas dan efisyen. 😊

OT Aisyah, Gymcademy.

Tinggalkan Balasan